BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 19, 2012

Hijau Bumi Tuhan.


biru langit, desir angin, hijau pohon,
menyapa lembut jiwa insani,
betapa indah kejadian ciptaanNya,
membuatkan kita berfikir sejenak,
apakah ada hari esok untuk kita,
menikmati lagi kehijauan bumi Tuhan? ~

Friday, January 6, 2012

Cinta Agung

tidak dipinta sengsara,

tidak diminta derita,
namun apakan daya,
sudah suratan takdir,
yang sengaja ingin menduga.

walaupun payah,
akan ku cuba tabah,
akan ku cuba redah,
segala badai cubaan,
dengan usaha dan doa,
agar ku bisa kuat
menjalani takdir hidup.

ku yakin ada hikmahnya,
ada senyuman di akhir penantian,
ada kemudahan di sebalik kesulitan,
ku harus percaya,
tidak sempurna iman seseorang
melainkan dia tidak diuji olehNya.

Bukankah Allah menitipkan kasih sayangNya,
melalui ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita?
Bukankah Allah masih cinta jika kita diduga hebat olehNya?

Nukilan Jalanan.

Assalamualaikum. Ada sedikit perbezaan dalam blog aku kali ni. InsyaAllah, blog ni akan menjadi salah satu medium untuk aku berkarya. Karya-karya yang bakal aku hasilkan terdiri daripada puisi dan cerpen. Harapan aku semoga kawan-kawan di luar sana memperoleh manfaat dan terhibur dengan nukilan aku yang tak seberapa ni. Doakan aku supaya dapat menghasilkan pelbagai jenis karya untuk tatapan semua. Sampai di sini saja dulu. Karya pertama bakal menyusul tak lama lagi. Nantikan. ~ ^__^